Monday, June 26, 2006

Senarai Produksi Teater Keliling SELENDANG SAKTI

TENAGA PRODUKSI TEATER KELILING ‘SELENDANG SAKTI’

Pelakon
BIL NAMA WATAK
1. Marlenny Deenerwan -Maharani Balu
2. Zuria’h Mohammad -Puteri Zanna
3. Rime Nazren Abdul Razak -Totoatsana
4. Intan Carina Abdul Karim -Nadia
5. Shariful Akma Abdullah -Raja
6. Mohd. Ridzuan Mat Jusoh -Hugo
7. Mohd. Zamri Mohammad -Compang
8. Ku Mohd. Yusri Ku Abdul Rahman -Ragam
9. Nik Mohd. Faizulikwan Mohammad -Camping
10. Ahmad Iswazir Ismail -Pak cik Chan
11. Mohd. Fazren Mohd. Rafi -Toni
12. Juliana Lagiling -Ruby
13. Ellia Norsaile Elias -Mollie
14. Syarafina Abdullah -Orang Bandar
15.

Tenaga Produksi
1. Puan Roselina Khir -Pengarah
2. Rosnani Seman -Penolong Pengarah
3. Engku Nor Zalifah Engku Abdul Rased -Pengurus Pentas
4. Wan Nabilah Mat Hizam -Penolong Pengurus Pentas
5. Rime Nazren Abdul Razak -Pereka Set & Prop
6. Marlenny Deenerwan -Penyelaras Busana
7. Mohd. Hafiz Husin -Pereka Cahaya
8. Intan Carina Abdul Karim -Penyelaras Tatarias
9. Limau anak Intu -Penyelaras Audio
10. Abdul Hamid Chan -Koreografer
11. Mohd. Aliff Mat Salleh -Pembantu Set & Prop

12. -Pembantu Tatacahaya
Ahmad Iswazir Ismail
Mohd. Fazren Mohd. Rafi
Shahruddin Hairi

13 -Pembantu Pentas
Khairul Hakimin Abdul Jalil
Zamzuriah Zahari
Nor Fariza Saedin
Lena Farida Hussain Chin

14. Dokumentasi
Latimin Keman
Khairul Nikman Jasman

Saturday, June 24, 2006

Laporan Akhbar











Selendang Sakti jelajah negara
(harian metro-22 Jun 2006)

Oleh Mohd Nasif Badruddin
mnasif@hmetro.com.my



BUAT julung kalinya, juara Festival Teater Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (Makum) diberi penghargaan mementaskan kembali teater mereka di beberapa negeri di luar Kuala Lumpur.

Sebagai permulaan, juara Festival Teater Makum 2005 yang dimenangi Universiti Malaya menerusi teater muzikal kanak-kanak berjudul Selendang Sakti akan dipentaskan di Perak dan Negeri Sembilan, Julai ini.

Selain mendapat tempat pertama Persembahan Terbaik, Selendang Sakti juga merangkul lapan anugerah lain iaitu Arahan dan Adaptasi Terbaik, Pelakon Utama Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Pelakon Harapan I, Pelakon Harapan II, Kategori Kreatif Terbaik, Penataan Muzik Terbaik serta Kesan Teknikal Terbaik.

Majlis pratonton teater muzikal kanak-kanak Selendang Sakti ini diadakan di Rumah Universiti, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Penyelaras Program Teater Pusat Kebudayaan Universiti Malaya, Roselina Khir Johari serta Pengarah Bahagian Pengembangan Kesenian, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Mohd Razy Mohd Nor.

Menurut Roselina, mereka bangga dan berasa amat bertuah kerana diberi peluang mempersembahkan kembali teater ini menerusi program teater keliling di tanah air.

“Kami akan mementaskan tiga persembahan iaitu di Taman Budaya, Negeri Sembilan pada 6 Julai serta di Taman Budaya, Perak pada 8 Julai jam 8.30 malam. Manakala pada 10 Julai pula ia akan dipentaskan di Panggung Budaya, Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim jam 3.30 petang secara percuma.

“Memang kami berhajat menjelajah ke negeri lain, namun kami terpaksa menangguhkannya ke satu waktu lain kerana kesuntukan masa,” katanya.

Selain itu, Selendang Sakti juga diberi penghormatan dipentaskan di Festival Teater Kebangsaan yang akan berlangsung Ogos ini sebagai artis jemputan.

Thursday, June 22, 2006

kakiseni.com (10/7/2006)

Title:
Selendang Sakti
PrintE-mail
Venue:
Various Venues
Date & Time:
Thu 6 - Mon 10 Jul 2006
Tickets:
Free Admission
Telephone:
603-79673576; 016-3450846 (Roselina); 017-6838450 (Jaa)
Synopsis:
In a small kingdom lives a king and his daughter. They live peacefully enough, but the king is more interested in cooking than in actually governing his country.
Their peaceful existance is disrupted by the arrival of the evil Maharani Balu, who is armed with a magical shawl. She bewitches the king and ends up as his queen, and then gains control of the kingdom, stealing gold from the prime minister and making everyone's life miserable.
But one day, the princess Zanna and the palace helper Nadia succeed in breaking the Maharani Balu's spell, and they defeat the evil queen!
This children's musical stars Marleeny Deenerwan, Shariful Akma Abdullah, Zuriah Mohamad, Intan Carina, Remy Nazrin, Ridzuan Jusoh, Mohd Zamri, Nik Faiz, Ku Yusri and many more, all of who are students from the Pusat Kebudayaan UM.
Staged by Pusat Kebudayaan Universiti Malaya in cooperation with the Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia. The musical came out tops at the Festival Teater MAKUM, sweeping eight awards.
The play will be staged in various locations, please refer below.
~~~~~~~~~~~~~~~
Pusat Kebudayaan Universiti Malaya dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia, telah bersatu hati untuk mementaskan kembali teater Muzikal kanak-kanak Selendang Sakti ini. Persembahan Selendang Sakti ini adalah juara Festival Teater MAKUM yang lepas. UM telah memenangi 8 anugerah yang dipertandingkan.
Di sebuah negeri ada tinggal seorang raja denagn puterinya, yang tidak suka memerintah, tetapi lebih berminat untuk memasak. Satu makhluk jahat, Maharani Balu datang dengan Selendang Sakti. Dia dapat menawan hati raja dan lalu berkahwin dengannya. Maharani memerintah negeri sambil merompak emas dan wang dari perbendaharaan Raja.
Lima tahun kemudian, Puteri Zanna dan Pembantu Istana, Nadia dapat melepaskan diri dari magic Maharani dan menewaskannya. Raja membuka kedai Roti dan Puteri Zanna menjadi pelakon. Nadia ditabalkan menjadi permaisuri. Para pelakon yang menjayakan pementasan ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar jurusan drama Pusat Kebudayaan Universiti Malaya. Pelakon: Marleeny Deenerwan, Shariful Akma Abdullah, Zuriah Mohamad, Intan Carina, Remy Nazrin, Ridzuan Jusoh, Mohd Zamri, Nik Faiz, Ku Yusri dan ramai lagi.
The plays will be staged in:
Venue: Taman Budaya, Negeri SembilanDate: Thu 6 Jul 2006Time: 8.30pm
Venue: Taman Budaya Negeri PerakDate: Sat 8 Jul 2006Time: 8.30pm
Venue: Panggung Budaya, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, PerakDate: Mon 10 Jul 2006Time: 3.30pm
Links:
-->http://selendangsakti.blogspot.com
Public Rating: (1 votes)

-->User Comments:
Rugi kalau tak tengok
Thu, Jun 29 2006 13:10:41
Saya pernah menonton persembahan Selendang Sakti ini semasa MAKUM yang lepas. ianya sungguh menakjubkan. satu hasil kerja yang menarik dan garapan yang sangat baik. saya begitu teruja dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh produksi ini. walaupun ianya adalah produksi yang dijayakan oleh mahasiswa universiti. anda akan berasa terhibur dengan persembahan yang menggabungkan lakonan, nyanyian, tarian yang begitu menarik itu. Syabas kepada Roselina Khir dan seluruh produksi yang bertungkus lumus menjayakan pementasan ini. diharap ada pihak yang membawa persembahan ini ke seluruh negara selain Perak dan Negeri Sembilan. Syabas!!
posted by Jiwa dan Raga-Rag's penyengat00@yahoo.com
syabas UM
Sat, Jul 01 2006 22:12:21
Um sememangnya hebat. teruskan memantapkan dan memeriahkan seni di malaysia
posted by watanUM calar_9@yahoo.com
Bravo!! bravo!!!!
Sun, Jul 02 2006 19:01:12
Cayalah geng-geng selendang sakti. Korang memang hebat.
posted by karim karim_8x@yahoo.com
Lukisan Puan Ros
Thu, Jul 06 2006 18:05:22
Kalau nak tgk lukisan Puan Ros datangla ramai2 ke pameran media seni VII bertempat di Muzium seni Asia UM perasmian pameran pukul 10pagi ada makan lagi ok!
posted by Cik Siti sitifc@hotmail.com
wow!!!
Wed, Jul 12 2006 01:39:15
saya tengok show kat seremban ari tuhbest giler. tak pernah tengik shor sehebat ini.Tahniah!!!
posted by peminat seremban mulan90@yahoo.com

Pelakon



1. Marlenny Deenerwan -Maharani Balu
2. Zuria’h Mohammad -Puteri Zanna
3. Rime Nazren Abdul Razak -Totoatsana
4. Intan Carina Abdul Karim -Nadia
5. Shariful Akma Abdullah -Raja
6. Mohd. Ridzuan Mat Jusoh -Hugo
7. Mohd. Zamri Mohammad -Compang
8. Ku Mohd. Yusri Ku Abdul Rahman -Ragam
9. Nik Mohd. Faizulikwan Mohammad -Camping
10. Ahmad Iswazir Ismail -Pak cik Chan
11. Mohd. Fazren Mohd. Rafi -Toni
12. Juliana Lagiling -Ruby
13. Ellia Norsaile Elias -Mollie
14. Syarafina Abdullah -Orang Bandar


----------------------------------------------------------------------------------












Gambar







selendang sakti: Puteri Zanna bersama Ragam dan Compang.

Wednesday, June 21, 2006

Jadual Persembahan dan Bengkel

intro persembahan Selendang Sakti oleh pelajar Pusat Kebudayaan, UM
selendang sakti




Jadual Persembahan Dan Bengkel



1) Taman Budaya, Negeri Sembilan
Tarikh : 6 Julai 2006
Masa : 8.30 malam
Bengkel: 7 Julai 2006 (9.00 pagi -11.00 pagi- Tempat sama)
-Perserta terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah dan ahli NGO.

2) Taman Budaya Negeri Perak
Tarikh : 8 Julai 2006
Masa : 8.30 malam
Bengkel: -tiada-

3) Panggung Budaya, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.
Tarikh : 10 Julai 2006
Masa : 3.30 petang
Bengkel: 11 Julai 2006 (9.00 pagi-11.00 pagi-tempat sama)
-Peserta terdiri daripada Mahasiswa dan mahasiswi UPSI.

**Masuk di semua tempat adalah percuma.

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi
: 03-79673576 (pejabat)
: 016-3450846 (Roselina)
:017-6838450 (Jaa)
: e-mail : malau_77@yahoo.com
atau lawati http://selendangsakti.blogspot.com

Pengenalan

Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia dengan kerjasama Pusat Kebudayaan Universiti Malaya mempersembahkan kepada anda sebuah teater muzikal kanak-kanak. persembahan yang dijayakan oleh pelajar drama Pusat Kebudayaan Universiti Malaya ini mengetengahkan sebuah teater Muzikal Kanak-kanak yang bertajuk Selendang Sakti.